Satu matlamat yang jelas
Pilih tujuan, anggaran jumlah dan tarikh. Lebih mudah menilai kemajuan bila anda tahu arah yang dituju.
Perancangan Simpanan
Mungkin deposit rumah, dana keluarga atau sesuatu yang anda sudah lama usahakan. Kita boleh susun langkah menyimpan yang sesuai dengan kehidupan anda sekarang.
Tanya dulu pun boleh. Kita bincang ikut bajet, anda pilih bila sudah selesa.

MUNGKIN INI YANG ANDA SEDANG FIKIRKAN
Bukan mudah nak seimbangkan semua perkara. Daripada meletakkan sasaran yang membebankan, kita boleh mula dengan satu tujuan yang jelas dan jumlah yang anda mampu kekalkan.
Anda ada matlamat yang nak dicapai dalam beberapa tahun.
Anda mahu lebih konsisten menyimpan setiap bulan.
Anda nak faham pilihan sebelum terikat dengan komitmen panjang.
APA YANG BOLEH MEMBANTU ANDA
Kita bincang tujuan simpanan, bila wang diperlukan dan sejauh mana anda perlukan akses kepadanya. Selepas itu barulah kita nilai pilihan.
Pilih tujuan, anggaran jumlah dan tarikh. Lebih mudah menilai kemajuan bila anda tahu arah yang dituju.
Keperluan asas dan dana kecemasan diambil kira sebelum menetapkan komitmen simpanan.
Kita semak caj, risiko, cara pengeluaran dan kesan berhenti awal. Anda tahu apa yang dipilih dan sebabnya.
Biar jelas dari awal: Pelan takaful berunsur simpanan berbeza daripada akaun simpanan bank. Tidak semua caruman boleh dikeluarkan semula, dan nilai penamatan awal boleh lebih rendah daripada caruman.
CONTOH YANG DEKAT DENGAN KITA
Untuk wang yang mungkin diperlukan bila-bila masa, kemudahan pengeluaran sangat penting. Untuk matlamat lebih jauh, kita boleh menilai pilihan lain mengikut bajet dan risiko yang anda selesa.
Contoh untuk membantu anda faham. Ini bukan kisah pelanggan atau jaminan manfaat.
“Saya nak mula menyimpan dengan cara yang saya boleh teruskan.”
Kalau ini juga yang anda fikirkan, kita boleh mulakan perbualan dari sini.
Nak kira anggaran sendiri? Cuba di siniMUDAH UNTUK BERMULA
Tak perlu sediakan semuanya. Kita berbual dan susun langkah bersama.
Apa yang anda nak sediakan? Untuk siapa? Kita mulakan dengan perkara yang anda selesa kongsi.
Saya bantu jelaskan apa yang boleh dibantu, kos dan perkara yang tidak dilindungi. Pelan sedia ada pun kita ambil kira.
Ambil masa untuk fikir. Jika ada pilihan yang sesuai dan anda selesa, barulah kita bincang cara meneruskan.

KENAL DULU, BARU SELESA BERBUAL
Bila sebut takaful, memang banyak istilah yang buat kita tertanya-tanya. Anda tak perlu risau nak tanya soalan “terlalu asas”. Saya di sini untuk bantu terangkan, supaya anda faham apa yang dipilih dan kenapa ia sesuai untuk anda.
Gemilang Empire • Zurich Takaful Malaysia Berhad
TAK SALAH PUN NAK TANYA
Kalau soalan anda tiada di sini, terus tanya saya di WhatsApp. Kita tengok ikut situasi anda.
Tak perlu. Kita fahamkan matlamat, tempoh dan bajet anda dahulu. Pilihan pelan datang selepas itu.
Dana kecemasan sebaiknya mudah diakses. Pelan jangka panjang yang ada caj atau syarat pengeluaran mungkin kurang sesuai untuk tujuan itu.
Tidak semestinya. Nilai yang boleh diterima bergantung pada pelan dan tempohnya, dan mungkin lebih rendah daripada jumlah yang dibayar. Kita semak kesannya sebelum anda membuat keputusan.
Boleh sangat. Tanya apa yang anda nak faham dahulu. Berbual di WhatsApp tidak mewajibkan anda mengambil apa-apa pelan.
Boleh. Kita mula dengan bajet yang selesa dan keperluan paling penting. Anda boleh fikir dahulu selepas memahami pilihan yang ada.
BILA ANDA SELESA, SAYA SEDIA MEMBANTU
Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang perancangan simpanan, hantar sahaja satu mesej. Kita mula dengan apa yang penting untuk anda.
WhatsApp: +60 11-5780 0774
Pilih perkara yang anda nak bincang. Saya sediakan mesej untuk anda.
Halaman ini menerangkan kategori konsultasi, bukan sebut harga atau tawaran produk tertentu. Manfaat, caruman, pengecualian, tempoh menunggu dan kelayakan tertakluk pada produk, terma sijil serta pengunderaitan. Kelulusan dan pembayaran tuntutan tidak dijamin. Bagi pelan simpanan, pendidikan atau persaraan, semak caj, risiko, nilai tidak dijamin dan kesan penamatan awal.
Notis privasi · Penafian